top of page

Peraturan-Peraturan Bilik Audio Visual (Bilik AV)

  • Perkhidmatan Bilik AV disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah

  • Bilik AV disediakan sebagai perkhidmatan kepada guru untuk tujuan  pengajaran dan pembelajaran.

  • Masa pembukaan adalah dari hari Isnin hingga hari Jumaat (Sabtu kalau mempunyai waktu persekolahan), iaitu papda pukul 7:20 pagi hingga pukul 4:00 petang. Bilik AV tidak dibuka ketika peperiksaan sekolah semua tingkatan dan semasa penyemakan stok dijalankan (kecuali ada perkara yang penting yang perlu menggunakan Bilik AV seperti peperiksaan  tingaktan 6), iaitu beberapa minggu sebelum cuti akhir tahun.

  • Pelajar-pelajar yang dibawa masuk ke Bilik AV mesti diiringi gur. Mereka tidak dibenarkan berada di Bilik AV tanpa pengawasan guru.

  • Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam yang lengkap atau pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah apabila ingin mengguna Bilik AV .

  • Guru bertanggungjawab penuh ke atas disiplin pelajar dan mesti memastikan bahan-bahan APD Bilik AV yang digunkan berada dalam keadaan yang baik selepas digunakan.

  • Semua tempahan awal pengunaan Bilik AV adalah berdasarkan prinsip "first come first serve" kecuali berlakunya keadaan yang perlu ditamakan dahulu. Buku tempahan awal iasanya diisi oleh PPS & PPS(P) yang bertugas.

  • Tiada sesiapa yang boleh menempahkan Bilik AV untuk tempoh panjang, seperti menempah setiap hari Rabu dari 2.20 petang untuk bulan Mac pada bulan Juanari. Tempahan hanya boleh dibuat pada tarikh yang telah ditulis dalam buku tempahan awal.

  • Pelajar-pelajar dilarang membawa masuk sebarang bahan miniman dam makanan dan barang larangan sekolah ke Bilik AV bagi mengelakkan bahan-bahan bantu mengajar daripada dirosakkan.

  • Pelajar-pelajar dilarang menconteng atau merosakkan barang kepunyaan Bilik AV

  • Pelajar-pelajar dilarang mengendalikan OHP, TV, komputer, LCD projector, radio dan sebagainya sendiri kerana hanya PPS & PPS(P) yang bertugas boleh mengendalikan sahaja.

  • Pelajar-pelajar dilarang membawa masuk beg-beg sekolah masing-masing ke dalam Bilik AV  untuk mengelakkan bahan-bahan kepunyaan Bilik AV daripada dibawa keluar tanpa disedari.

  • Pelajar-pelajar dilarang memakai kasut di pentas.

  • Pelajar-pelajar dilarang menyalahgunakan bahan-bahan bantu mengajar dan alat-alat pandang dengar.

  • PPS &PPS(P) yang bertugas dibenarkan membawa masuk beg sekolah dan air sahaja ke Bilik AV.

  • PPS &PPS(P) berhak memberi nasihat kepada pelajar-pelajar yang menyalahgunakan bahan-bahan bantu mengajar dan alat-alat pandang dengar.

  • PPS &PPS(P) yang bertugas dilarang sekali membawa rakan-rakan masuk ke dalam Bilik AV tanpa urusan penting walaupun rakan yang dibawa masuk juga merupakan seorang PPS.

  • Bahan-bahan atau alat-alat bantu mrngajar mesti diletak balik ke tempat asal selepas digunakan.

  • PPS &PPS(P) tidak bertanggungjawab untuk menghantar bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang dipinjam oleh guru atau kelas guru kerana ini merupakan tanggungjawab guru sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan bahan yang telah dirosak oleh guru atau pelajarmenganiya PPS &PPS(P) yang bertugas.

  • PPS &PPS(P) yang bertugas dilarang bermain dengan alat-alat bantu mengajar dan bahan permainan Bilik AV tanpa kebenaran Ketua Bilik AV serta tidur atau melanggar peraturan Bilik AV ketika berduti.

  • Bilik AV mesti ada sekurang-kurangnya seorang PPS bertugas di dsalam Bilik AV. PPS ini tidak boleh meninggalkan Bilik AV jika tidak ada PPS lain yang menggantikannya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada menerima aduan guru bahawa tidak ada orang bertugas di Bilik AV.

  • PPS boleh mengunci Bilik AV dan membawa kunci bersama jika berlaku perkara kecemasan seperti perlu menggunakan tandas.

  • PPS &PPS(P) perlu sentiasa merujuk kepada papan notis di Bilik AV untuk mengetahui sebarang perubahan atau berita terbaharu. Jika mendapati bahawa kemudahan yang disediakan di Bilik AV kurang sempurna, PPS &PPS(P) diminta memberitahu KBAV dengan segera.

  • Barang-barang yang ditinggalkan di Bilik AV akan dirampas dan tidak akan dipulangkan tanpa alasan yang munsabah.

  • Segala hal yang tidak berkaitan dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran tidak dibenarkan untuk mengguna Bilik AV.

  • Aktiviti-aktiviti yangboleh dijalankan di Bilik AV adalah Mesyuarat Guru, Peperiksaan Tingkatan 6, Olympik Matematik, Kesusasteraan Bahasa Cina, dan semua aktiviti-aktiviti sekolah, contohnya: Pertandingan Perbahasan sempena minggu bahasa.

  • Alat pembersihan dan pen marker Bilik AV tidak boleh dipinjam  keluar tpanpa kebenaran KBAV.

  • Waltu ke-10 stiap hari Isnin hingga hari Rabu tidak boleh ditempah oleh guru-guru sesi pagi kerana pelajar sesi petang tidak mempunyai kelas ynagcukup untuk waktu P&P.

  • Bilik AV hanya boleh tutup dengan persetujuan KBAV jika tidak mempunyai PPS yang mencukupi untuk berduti. Ketua Harian tidak boleh menutup Bilik AV dengan sesuka hati.

Created by Librarian's Webmaster of Catholic High School

Librarian Theme song of Catholic High School - Librarian of CHS
00:00 / 00:00
bottom of page