
Peraturan-Peraturan Bilik Multimedia (Bilik MM)
-
Bilik Multimedia ini hanya boleh digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar SMJK Kathoilk.
-
Pelajar-pelajar sesi petang dibenarkan menggunakan Bilik MM dari 8:00 pagi hingga 12:00 petang, manakala pelajar-pelajar sesi pagi pula dari 1:30 petang hingga 4:30 petang.
-
Dalam apa-apa keadaan pun, kecuali dengan kebenaran Guru Penasihat Pusat Sumber, pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan e-Library semasa waktu pembelajaran.
-
Pelajar-pelajar mesti mendaftar diri dengan Pengawas Pusat Sumber (PPS) yang sedang bertugas sebelum menggunakan Bilik MM. Pelajar-pelajar mesti mencatat segala butiran di "C-Book" yang dikehendaki.
-
Setiap pelajar hanya dibenarkan menggunkan e-Library selama 40 minit sehari supaya pelajar-pelajar lain berpeluang menggunkannya.
-
Penggunaan e-Library ini adalah berdasarkan prinsip "siapa cepat, dia dapat".
-
PPS yang sedang bertugas berhak memerhati sikap dan tingkah laku pelajar-pelajar serta berhak melarang pelajar-pelajar daripada menggunkan Bilik MM jika pelajar tidak berdisiplin.
-
Pelajar-Pelajar tidak dibenarkan membawa cakera liut, cakera padat atau calera-cakera lain masuk ke dalam Bilik MM.
-
Kerosakan atau vandalisme yang dibuat ke atas stesen-stesen e-Library adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri dan Lembaga Pusat Sumber berhak mendenda pelajar tesebut.