top of page

Peraturan-Peraturan Bilik Perbincangan

  • Bilik Perbincangan merupakan sudut yang disediakan oleh Lembaga Pusat Sumber kepada pengguna Pusat Sumber untuk mengulang kaji pelajaran dan mengadakan aktiviti perbincangan khasnya dalam aspek akademik.

  • Pengguna haruslah mendaftar nama di kaunter terlebih dahulu sebelum menggunakan Bilik Perbincangan. Selepas penggunaan, pengguna dikehendaki untuk mendaftar keluar di kaunter.

  • PPS yang sedang bertugas harus memeriksa butir-butir peribadi diisi oleh pengguna dalam Buku Rekod Tempahan BIlik Perbincangan. PPS berhak untuk menghalang pengguna yang hendak masuk ke Bilik Perbincangan sekiranya butir-butir tidak diisi dengan lengkap.

  • BIlik Perbincangan hanya dibuka oleh PPS yang sedang bertugas dengan syarat bilangan pengguna merupakan 5 (minimum) orang hingga 7 (maximum) orang.

  • Sebelum mendaftar keluar, PPS yang sedang bertugas mesti memeriksa keadaan Bilik Perbincangan terdahulu.

  • Aktiviti perbincangan boleh dilakukan dengan syarat bahawa suara pengguna adalah terkawal dan tidak mengganggu pengguna perpustakaan yang lain.

  • Pengguna mesti menyusun balik bahan bacaan yang dibaca ke tempat asal.

  • Pengguna dibenarkan membawa Bank Soalan dan Majalah Sekolah yang telah dipinjam dari kaunter masuk ke dalam Bilik Perbincangan.

  • Pengguna DILARANG membaca surat khabar dan majalah di Bilik Perbincangan, hanya di Sudut Bacaan.

  • Pengguna DILARANG melakukan perbincangan dengan suara yang kuat.

  • Pengguna DILARANG untuk melakukan sebarang perbuatan yang merosakkan kemudahan milikan Lembaga Pusat Sumber.

  • Pengguna DILARANG membawa makanan dan minuman ke dalam Bilik Perbincangan.

  • PPS mesti memeriksa Bilik Perbincangan supaya berada dalam keadaan yang baik sebelum pengguna itu mendaftar keluar.

  • PPS yang sedang bertugas sebagai DI (Discipline In-Charge) berhak untuk menghalau pengguna sekiranya mendapati pengguna yang mengingkari peraturan yang ditetapkan.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

Created by Librarian's Webmaster of Catholic High School

Librarian Theme song of Catholic High School - Librarian of CHS
00:00 / 00:00
bottom of page