
Peraturan di Sudut Akhbar dan Majalah
-
Sudut Bacaan hanya dibenarkan untuk membaca surat khabar dan majalah.
-
Para pelajar dilarang menggunakan kawasan dan kemudahan tersebut untuk membuat kerja rumah, ulang kaji ataupun aktiviti yang bukan pembacaan surat khabar dan majalah.
-
Pelajar dan guru hanya dibenarkan membaca surat khabar di sudut akhbar dan majalah sahaja dan tidak boleh membaca di sudut fiksyen atau reference.
-
Surat khabar tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.
-
B.A.I (Book Arrangement In-charge) atau D.G (Door Guard) yang berduti haruslah menyusun surat khabar dan majalah yang terletak di sudut bacaan dan memastikan keadaan bahan bacaan sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan baik.
-
Pembaca surat khabar atau majalah tidak boleh berdiri dan membaca surat khabar di meja peletakkan surat khabar kecuali apabila kemudahan yang disediakan telah penuh diduduki.
-
Pelajar diminta senyap semasa membaca di sudut bacaan.
-
PPS dan PPS(P) berhak untuk menghalau sesiapa yang terlalu bising semasa membaca di sudut bacaan.